Latest

Friday, December 25, 2020

10 Sebab Doa Terhijab (menurut Syeikh Ibrahim Adham)

10 Sebab Doa Terhijab (menurut Syeikh Ibrahim Adham)

“Wahai Syeikh Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankan-Nya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Syeikh Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara...”

1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hak-Nya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnah-nya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.

No comments:

Post a comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page