Latest

Wednesday, March 11, 2020

Doa Nabi Musa mohon limpahan rezeki



Doa Nabi Musa memohon rezeki dan jodoh

Seorang pemuda mengadu kepada seorang ulama' Saudi, Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid bahawa dia belum berkahwin, tiada kerja bahkan tiada rumah. Lalu syeikh menganjurkan pemuda tersebut agar membaca doa Nabi Musa alaihissalam ini.
.
Nabi Musa alaihissalam telah diuji Allah apabila terpaksa melarikan diri dari Mesir dalam keadaan tidak berkahwin, tiada pekerjaan dan tiada tempat tinggal. Ketika sampai di Madyan, baginda telah menolong dua orang perempuan memberi kambing minum lalu baginda duduk di bawah sepohon pokok seraya berdoa dengan doa ini.
.
Akhirnya berkat doa tersebut Allah mengurniakan baginda isteri, kerja dan tempat tinggal.
.
Doa ini tercatat dalam al-Quran dalam surah Al-Qasas, ayat ke 24:
.
رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
.
(Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqiir)
.
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
(Surah al-Qasas: 24)
.
Syeikh Muhammad Soleh menganjurkan agar doa nabi Allah Musa ini diperbanyakkan sehingga ditakdirkan Allah Yang Maha Pemberi Rezeki menurunkan rezeki melimpah yang tak disangka-sangka, juga jodoh yang baik. InsyaAllah, Amiin.

No comments:

Post a comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page