Latest

Friday, August 07, 2020

Cara lain hindari kemiskinanan



Nabi SAW bersabda, katanya Allah SWT berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي أَمْلَأْ صَدْرَكَ غِنًى وَأَسُدَّ فَقْرَكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ مَلَأْتُ صَدْرَكَ شُغْلًا وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَكَ

Maksudnya; "Wahai anak Adam, luangkanlah waktumu untuk beribadah kepada-Ku, nescaya Aku akan penuhi dadamu dengan kekayaan. Akan Aku tutupi kemiskinanmu. Dan jika kamu tidak melakukannya, maka Aku akan masuki hatimu dengan kesibukan dan tidak akan Aku tutupi kemiskinanmu."
(HR Ibn Majah dan Ahmad)

The important thing, knowing how to turn problems into opportunities


Antara doa-doa Nabi


Istighfar yang dapat menghapus dosar besar sekalipun


Allah telah menghalalkan berjual-beli dan mengharamkan riba Surah Al-Baqarah, ayat 275


Tuntutan dan kelebihan solat berjemaah di masjid


And Allah would not punish them while they seek forgiveness (Surah Al-Anfal, 8:33)


When du'a is readily accepted?


Saturday, August 01, 2020

Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon



Rasulullah ﷺ bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Kedudukan makmum ketika solat berjemaah bersama keluarga


Thursday, July 30, 2020

Waktu yang mustajab untuk berdoa pada Hari Arafah tahun ini. Waktu Makkah: Zohor 12:27 pm - Maghrib 7.01 pm. Waktu Malaysia: 5.27 pm - 12.01 am


Doa Hari Arafah



Sabda Nabi SAW: خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى

Maksudnya: "Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah,
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
(Tiada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu).”

(HR Al-Tirmizi)

Khutbah Wida' (Perpisahan) Rasulullah ﷺ (pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah)

KHUTBAH WIDA' (PERPISAHAN) RASULLULAH ﷺ

Khutbah ini telah Rasulullah ﷺ. sampaikan pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah di lembah Gunung Arafah.
~

Wahai Manusia,

Dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku sampaikan dan ku katakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu,
Dengarkanlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.

Wahai Manusia,
Sepertimana kamu menganggap pada bulan ini dan kota ini suci,
Maka anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang muslim itu sebagai amanah yang suci.
Kembalikanlah harta-harta kamu yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu,
dan DIA pasti akan membuat perhitungan di atas amalan-amalan kamu.

Telah اللهﷻ mengharamkan RIBA',
Oleh itu segala urusan yang melibatkan RIBA' adalah terbatal melalui sekarang.

Berwaspadalah kamu terhadap Syaitan demi keselamatan Agama kamu,
Dia tidak akan berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar,
Maka berjaga-jagalah kamu agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai Manusia,

Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,
Maka mereka juga berhak untuk mendapat makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah kamu terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.

Wahai manusia,

Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah اللهﷻ, dirikanlah Solah lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat-zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain dan tidak seorang pun dari kamu lebih mulia daripada yang lain kecuali di dalam soal Taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap dan menemui اللهﷻ pada satu hari kelak untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.

Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai manusia,

Tidak ada Nabi dan Rasul yang akan diutuskan selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah AL-QUR'AN dan SUNNAH ku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikanya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang itu pula menyampaikannya kepada orang lain, semoga yang terakhir itu lebih memahami dan menghayati kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya الله,
Bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba-hamba MU.

Nota :
Khutbah ini telah Rasulullah ﷺ sampaikan pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah di lembah Gunung Arafah.

Niat puasa hari Arafah


Doa kepada seseorang yang melakukan kebaikan kepada kita


Wednesday, July 29, 2020

Cameron Valley Tea - Cameron Highlands, Pahang, Malaysia





I'm here today...

Cameron Valley Tea - Cameron Highlands, Pahang, Malaysia 🇲🇾

A breath of fresh air. Sipping fresh tea while enjoying spectacular view. 🏞 🍃🌳🌿

Antara tanda-tanda hati yang mati


Dana patuh Syariah PMB INVESTMENT: Year-to-year (YTY) total return as at 27 July 2020 (27.7.2019-27.7.2020)



DANA-DANA PATUH SYARIAH PMB INVESTMENT 🕋 (Islamic Unit Trust Funds) 🇲🇾

✅ PMB INVESTMENT menguruskan 16 dana Patuh Syariah yang dilaburkan dalam pasaran Malaysia dan ASEAN.

✅ PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan selama 53 tahun, bermula sejak 1967.

✅ Boleh melabur secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (akaun 1).

✅ Rekod pulangan lepas yang memuaskan dan potensi pulangan cemerlang untuk pelaburan jangka panjang, insya Allah.

Year-to-date total return as at 31 December 2019 (1.1.2019-31.12.2019):
✅PMB Dana Mutiara ⬆️ 25.07%
✅PMB Shariah Mid Cap Fund ⬆️ 21.28%
✅PMB Shariah TNB Employees Fund ⬆️ 19.40%
✅PMB Shariah Small-Cap Fund ⬆️ 18.26%
✅PMB Shariah Aggressive Fund ⬆️ 15.72%
✅PMB Dana Al- Aiman ⬆️ 14.85%
✅PMB Dana Bestari ⬆️ 11.89%
✅PMB Shariah Tactical Fund ⬆️ 10.88%
✅PMB Shariah Growth Fund ⬆️ 10.42%

Year-to-year (YTY) total return as at 27 July 2020 (27.7.2019-27.7.2020):
✅ PMB Shariah Growth Fund ⬆️ 41.89%
✅ PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund (USD) ⬆️ 37.73%
✅ PMB Shariah TNB Employees Fund ⬆️ 50 83%
✅ PMB Shariah Small-Cap Fund ⬆️ 33.55%
✅ PMB Shariah Index Fund ⬆️ 23.82%
✅ Dana Bestari ⬆️ 22.20%
✅ PMB Shariah Aggressive Fund ⬆️ 21.77%
✅ PMB Dana Mutiara ⬆️ 16.29%
✅ PMB Shariah Mid-Cap Fund ⬆️ 14.33%
✅ PMB Shariah Tactical Fund ⬆️ 8.56%
✅ PMB Dana Al-Aiman ⬆️ 7.27%

☆☆☆☆☆

Sila hantarkan pesanan (whatsapp) ke +60192348786
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment dengan menulis:

Pelabur/Perunding_Nama_Umur_Lokasi

Contoh: Pelabur Ahmad Ali 40 TTDI KL

Ahmad Sanusi - Group Agency Manager
PMB Investment Berhad
(Ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad)
Kuala Lumpur 🇲🇾
🌐 www.pmbinvest.com.my

Sejak 1967...53 tahun

*Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah.





Tarikh penting Zulhijjah


Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page