ds'/> Ahmad Sanusi Husain.Com: 03/13/19

Ahmad Sanusi Husain.Com

Wednesday, March 13, 2019

Have patience. All things are difficult they become easy

Have patience. All things are difficult they become easy.

If it takes less than 5 minutes to do, do it immediately

If it takes less than 5 minutes to do, do it immediately.

Words of wisdom of the day

When times get tough, keep pushing through and remain positive. Everything will work out in time. Insha Allah.

The principle is competing against yourself. It's about self improvement, about being better than you were the day before.

To cultivate inner stillness is to remain at peace even while all else falls apart. To be able to breathe, centre yourself, and have faith that the pieces around you will be picked up again in time. Life is a cycle through many ups and downs, so have patience. Don’t let that offset your stillness.

The key to success and productivity isn't to try to maximize every single minute in the day, but to spend at least a portion of the day focusing on the things that are most important.

Kata hikmah hari ini

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Ketenangan dan ketenteraman jiwa menyebabkan akal mampu mengendalikan lidah sehingga tidak berkata-kata, kecuali dengan penuh pertimbangan dan hati-hati tanpa didorong emosi.

Kaki masjid

"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" 

Beruntunglah orang yang digelar kaki/ahli masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 10 ganjaran berikut:

1- Rasulullah ﷺ berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah ﷺ bersabda: "Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah ﷺ bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.

ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.

iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)


5- Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)


6- Rasulullah ﷺ bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."

7- Rasulullah ﷺ bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

10- Allah SWT berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

* Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid di dunia supaya kami termasuk dalam senarai ahli syurga di Akhirat.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."

(Riwayat Abu Dawud)


Aamiin

Pohon kebajikan

Pohon kebajikan

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page