ds'/> Ahmad Sanusi Husain.Com: 02/01/19

Ahmad Sanusi Husain.Com

Friday, February 01, 2019

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP untuk pelaburan dalam unit amanah (unit trust), mulai 1 Januari 2019

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP untuk pelaburan dalam unit amanah (unit trust), mulai 1 Januari 2019


Definisi Simpanan Asas


Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.


Syarat-syarat yang Ditetapkan


Ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dlm Akaun 1.


Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.


Jumlah Simpanan Asas adalah seperti jadual di bawah.


CONTOH

Umur ahli: 40

Simpanan asas: RM86,000


Baki dlm Akaun 1: RM186,000


Jumlah yg layak dikeluarkan utk permulaan 

=

(186,000 - 86,000) x 30%

= 100,000 × 30%

= RM30,000


Setiap 3 bulan boleh dikeluarkan lagi.

●☆●☆●


Jika berminat melabur dlm unit amanah Islam dgn menggunakan Skim Pelaburan Ahli KWSP atau Tunai, sila whatsapp www.wasap.my/60192348786.

Ahmad Sanusi 

Perunding, PMB Investment, KL


PMB = Pelaburan MARA Berhad


Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page