Latest

Friday, August 30, 2019

Bila mereka mendapat hidayah dari Allah

Bila mereka mendapat hidayah dari Allah...

1. Seorang bekas anggota tentera laut Amerika yang pergi ke sebuah masjid untuk membakarnya, mendapat hidayah untuk kembali kepada Islam (revert) dan kini menjadi imam di masjid yang pada mulanya dia mahu membakarnya.

2. Seorang rakyat Switzerland yang berkempen sehingga kerajaan Switzerland membuat undang-undang melarang masjid baru di Switzerland membina kubah dan menara masjid akhirnya kembali kepada Islam (revert) dan berjanji akan berkempen untuk membatalkan undang-undang anti masjid.

3. Seorang ahli parlimen Belanda yang berkempen untuk mengharamkan Islam di Belanda dan membuat filem anti Islam, Fitna telah kembali kepada Islam (revert) dan berjanji untuk berdakwah untuk Islam.

Bila Allah membuka pintu Hidayah, tiada siapa yang dapat menahannya. Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dan panduan dari Allah SWT, Aamiin.

(A.Sanusi Husain | KL)

No comments:

Post a comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page