ds'/> Ahmad Sanusi Husain.Com: Sunnah yang diabaikan

Ahmad Sanusi Husain.Com

Saturday, December 29, 2018

Sunnah yang diabaikan

SUNNAH YANG DIABAIKAN

Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.

Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. Boleh dikatakan 90% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ini:

عن البراء بن عازب

كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : " سمع الله لمن حمده " لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.

Daripada al Barra' bin Azib r.a : Para sahabat bersolat bersama Rasulullah saw, apabila Baginda saw telah ruku', mereka pun ruku'. bila Baginda berkata "Samiallahu liman hamidah",
mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi saw meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ]

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page