ds'/> Ahmad Sanusi Husain.Com: Erti selawat
Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Saturday, November 17, 2018

Erti selawat

Erti selawat


Perkataan selawat atau salawat ( Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat ( Arab: الصلاة ), bererti doa, pujian.


Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad".


Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah:

Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat.

Dan Salawat Malaikat ialah doa.

Dan Salawat orang Mukmin ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad.


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Quran, Surah Al-Ahzab: 56]

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page