Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Saturday, April 15, 2017

Perunding unit amanah Islam PMB Investment Berhad (syarikat pengurusan dana Islam)

Saya kini menjadi perunding unit amanah Islam (Islamic unit trust consultant) untuk PMB Investment Berhad (PMB Investment). PMB Investment adalah sebuah syarikat pengurusan dana Islam, ahli kumpulan Pelaburan MARA. Oleh yang demikian ia adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (government-linked company - GLC).



Sebab utama saya memilih untuk menjadi perunding unit amanah Islam untuk PMB Investment adalah syarikat ini menjalankan pengurusan dan perkhidmatan dana Islam sepenuhnya, maksudnya ia tidak menawarkan unit amanah konvensional selain yang Islamik. Ini bertepatan dengan status syarikat ini yang diberi lesen sebagai syarikat pengurusan dana Islam (IFMC). Jesteru dana unit amanah yang ditawarkan semuanya adalah patuh Syariah.

Penasihat Syariah untuk pengurus ialah Amanie Advisors manakala Penasihat Syahriah untuk dana ialah BIMB Securities. Operasi syarikat dan pengurusan dana juga tertakluk kepada keputusan atau resolusi Majlis Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

PMB Investment mempunyai sejarah dan pengalaman selama lima puluh (50) tahun dalam pengurusan dana Islam (unit amanah Islam). Syarikat ditubuhkan sebagai ASM investment Services pada 1967 dan kemudian dijenamakan semula (ditukar nama) kepada PMB Investment Berhad pada tahun 2014.

Dengan pengalaman setengah abad ini syarikat telah membuktikan keupayaan mengurus dana Islam dengan baik dan cemerlang. 





Pelaburan dalam unit amanah seharuskan dirancang untuk jangka sederhana (3-5 tahun) atau jangka panjang (lebih 5 tahun). Keuntungan dari pelaburan adalah dalam bentuk keuntungan modal (capital gain) dan dividen. Ada kalamya bonus juga diberikan. Keuntungan modal dan dividen serta bonus (jika ada) adalah bergantung kepada prestasi dana. Prestasi lepas bukanlah jaminan prospek akan datang.  Melaburkan dengan tenang dan sabar.

Anda boleh melabur dengan menggunakan Tunai atau pegeluaran di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP. 

Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 KWSP yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. Ahli boleh melaburkan simpanan di bawah SPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1. Jadual dibawah adalah terpakai dalam pengiraan jumlah kelayakan:



Contohnya, ahli KWSP berumur 40 tahun dan memiliki RM178,000 dalam Akaun 1 KWSP.
Jumlah yang boleh dikeluarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli ialah (178,000-78,000) x 30% = RM30,000.


Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.

Maklumat dalam laman web KWSP sendiri (pada 8 April 2017) menunjukkan dana PMB Investment menduduki 2 tangga teratas dalam kategori dana Islam dari segi pulangan YTD, 3 bulan, 6 bulan & 5 tahun.



Prestasi dana-dana PMB Investment adalah seperti berikut:




Harga unit harian, NAV dan jumlah pulangan YTD seperti pada 4 April 2017.



Jika berminat untuk melabur atau mengetahui lanjut, sila hubungi saya di whatsapp 6019-234 8786 (Ahmad Sanusi - PMB Investment - KL).





Rahsia Sedekah - Syeikh Ali Jaber

Link: https://vimeo.com/album/4455047/video/213228782

Rahsia Sedekah - Syeikh Ali Jaber from Ahmad Sanusi Husain on Vimeo.
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.net
Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page