Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Sunday, February 12, 2017

Bioadata dan Sejarah Ringkas Ibnu Khaldun

Waliudin Abu Zaid Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Khalid ibn al-Khattab atau lebih tersohor dengan jolokan Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada tahun 1332M. Seperti mana Ibn Sina, Ibn Khaldun juga berasal daripada keluarga berada yang begitu cenderung dalam bidang akademik dan politik. Status keberadaan ini digunakan sebaik mungkin bagi tujuan menambah ilmu pengetahuannya dalam segala bidang yang diterokai. Bapanya seorang pemerintahan tentera yang alim dalam selok-belok agama. Ibn Khaldun memulakan karier pengajiannya dibawah seliaan ayahnya sendiri dan beberapa orang ulama lain di Tunisia dengan menghafal al-Quran dan al-hadis serta pengajian tafsir, fiqh, bahasa Arab dan sastera. Setelah mampu menguasai sebahagian besar ilmu-ilmu agama dan bahasa berusia 16 tahun, beliau mempelajari serta mendalami ilmu logik dan falsafah. Pada tahun 1347M, Ibn Khaldun mulai menjalin hubungan rapat dengan keluarga pemerintah Morocco, Sultan Ibn Hasan al-Marini. Pada tahun 1351M, beliau menjawat jawatan kerajaan di bahagian surat-menyurat di bawah pemerintah Muhammad Tafrakin.

Ibnu khaldun merupakan seorang tokoh terkemuka dunia yang banyak menyumbang kepada dunia dalam pelbagai bidang khususnya bidang falsafah. Nama sebenar Ibnu khaldun ialah Abdul Al Rahman ibn muhammad ibn khaldun berasal daripada keturunan khalid bin uthman iaitu seorang tertera yaman yang pernah bergabung tentera Andalusia semasa di Andalusia, nama khalid bertukar kepada khaldun. Ibnu khaldun berketurunan Arab dari yaman yang berhijrah ke Andalus. beliau merupakan seseorang yang tekun menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan urusan pentadbiran. beliau telah mempelajari ilmu agama seperti fikah tafsir, hadis, dan ilmu-ilmu naqli seperti logik, falsafah, mtematik dan bahasa arab.

Ibnu khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat, tIdak seperti ahli sejarah sebelumnya. Ibnu khaldun dianggap oleh sarjana sarjana barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandinganya dan memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia seperti mana yang dinyatakan oleh tonybee.

Karya-karya ibnu khaldun yang terkenal ialah Al muqaddimah, at-Ta’riff bin ibnu khaldun (sebuah kitab autobiografi, catatan dari kitab sejarahnya) muqaddimah (bercorak sosial, sejarah dan falsafah), lubab al muhassal fi ushul ad diin (sebuah kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi yang merupakan ringkasan dari kitab muhassal afkaar al-mutaqaddimin wa al-muta’akhiriin karya imam fakhruddin ar-razi.


BIOGRAFI
Nama lengkap : Abu Zayd Abd Al Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun Al hadarami
Tarikh lahir : 27 Mei 1332 (di Tunisia)
Tarikh meninggal dunia : 19 Mac 1406 (pada umur 73 tahun di Mesir)
Karier : seorang sejarawan muslim dari tunisa yang sering disebut sebagai bapa kepada ilmu histografi, sosiologi, dan ekonomi
Karya : Al muqaddimah, kitab al ‘ibar, at-Ta’riff, lubab al muhassal fi Ushul ad-Diin
Bidang ilmu : Al Quran, tafsir, hadis, usul fikih, tauhid, fikih mazhab maliki, ilmu nahwu dan sharaf, ilmu balaghnah, fizik dan matematik.

1) SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG POLITIK

Ibnu khaldun merupakan seorang yang sangat berani. Beliau hidup didalam zaman yang sering berlaku pergolakkan, pembunuhan pemimpin, penggulingan sultan, fitnah terhadap pemimpin dan ancaman dipenjarakan. Namun, Ibnu Khladun tidak sesekali takut dengan keadaan politik yang tidak stabil ini. Semasa Ibnu Khaldun di Kota Fez, beliau telah dilantik oleh Sultan Abu Anan untuk menjawat jawatan setiausaha dan beberapa jawatan penting yang lain. Disebalik kesibukan hariannya, Ibnu Khladun sempat untuk berguru dengan ulama-ulama dan saterawan yang telah berhijrah dari Tunisa ke Fez akibat serangan wabak taun yang serius di Tunisa. Semasa di Fez ibnu khaldun telah berguru dengan Lisanuddin bin Al-khatib, pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada). Tambahan pula pada ketika itu, perpustakaan di Fez dikatakan perpustakaan Islam terlengkap pada masa itu. Keadaan di kota ini sangat membantu Ibnu Khaldun dalam menimba ilmu pengatahuan.

Selain itu, Ibnu Khaldun mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. Beliau telah mewarisi sifat ini daripada nenek moyangnya. Beliau telah menjawat banyak jawatan penting sepanjang usianya antaranya ialah setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, anggota Majlis Ilmiah. anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, duta Granada, Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah) di Mesir. Ibnu Khldun menjawat jawatan penting dipelbagai negeri dan pelbagai kerajaan pemerintah. Hal ini disebabkan kerana kecekapannya dalam mentadbir serta keupayaannya untuk mengemukakan idea-idea bagi memajukan negara.

Tambahan pula, Ibnu Khaldun mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negeri-negeri tersebut sehingga beliau ditawarkan beberapa jawatan penting oleh kerajaan. Ibnu Khaldun merupakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain. Ketika Ibnu Khaldun menjadi setiausaha kepada Sultan Annan di Talmasan, beliau cuba merancang untuk membebaskan pemimpin Bijaiyah yang telah dipenjarakan selepas kerajaanya digulingkan. Namun nasib tidak menyebelahi Ibnu Khladun. Sultan mengetahui perancangannya itu dan telah murka kepada Ibnu Khaldun. Beliau telah dipenjarakan oleh sultan selama dua tahun. Selama didalam penjara, beliau sentiasa berusaha untuk menghubungi sultan bagi meminta keampunan dari baginda sultan. Ketika inilah Ibnu Khaldun telah mengarang bait-bait syair yang telah menyentuh perasaan Sultan Annan sehingga baginda menjanjikan pembebasannya. Peristiwa ini menunjukkan Ibnu Khaldun sangat pandai menggunakan syair untuk menarik belas kasihan sultan.

Tambahan pula, ibnu khaldun sememangnya terkenal dengan kebolehan bait-bait syair yang menyentuh hati. Beliau telah mengatakan “Ketahuilah bahwa pendidikan Al-Quran termasuk syiar agama yang telah diterima oleh umat Islam di seluruh dunia. Islam dapat meresap ke dalam hati dan memperkuat iman. dan pengajaran al-quran pun patut diutamakan sebelum mengembangkan ilmu-ilmu yang lain. ”

Sepanjang hidup Ibnu khaldun, beliau sentiasa difitnah oleh musuh politiknya dan dikhianati oleh pemerintah yang zalim. Namun, beliau sentiasa bersabar dan bijak mengatur stategi untuk menyelamatkan dirinya daripada dipenjarakan dan dihukum bunuh. Sebagai contoh, ketika di Mesir Ibnu Khaldun telah diberi kepercayaan untuk mengetuai badan kehakiman oleh Sultan Zahir Barqa. Ibnu Khaldun cuba membawa reformasi terhadap badan kehakiman yang ketika itu sedang berhadapan dengan masalah amalan rasuah. Ibnu Khaldu telah membawa perubahan dalam bidang kehakiman ini dengan melakukan pembaharuan dalam undang-undang. Segala usaha murni Ibnu Khladun ini telah dicemari dengan fitnah oleh musuh-musuh politiknya sehinggakan sultan melucutkan jawatan ketua hakim daripada ibnu khaldun. Kemudian beliau telah mengasingkan diri dengan mengerjakan haji dan melawat masjid Al-Aqsar. Kemudian beliau pulang semula ke Mesir.

Sultan ketika itu telah menyedari bahawa Ibnu Khaldun berada pada pihak yang benar dan telah menjadi mangsa fitnah. Baginda dengan berbesar hati telah memberikan semula jawatan ketua hakim kepada Ibnu Khaldun. Selain itu, Ibnu Khaldun telah meninggalkan teori yang amat berguna dalm mengkaji sesebuah usia kerajaan. Beliau membuat teori bahawa purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Ini bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula, dibahagikan kepada empat tahap. Pertamanya ialah primitive, keduanya ialah pemilikan, ketiga beradab dan kemakmuran. Tahap keempat pula ialah kelemahan dan kerosakan. Teori ini telah digunakan oleh ahli-ahli sejarawan dunia untuk menilai jatuh bangunya sesebuah kerajaan,

2) BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM

Ibnu khaldun banyak menyumbang dalam bidang ilmu. Beliau menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pendidikan. Beliau juga banyak memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan tamadun dimana beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan jasmani dan rohani. para sejarawan mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan malah pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis dan peringkat pengajian tinggi. Disebabkan itu sebuah anugerah islamiah yang berpestij dinamakan sempena nama beliau iaitu ibnu khaldun chair of islamic studies di universiti in Jakarta, Indonesia iaitu Universiti ibnu khaldun.

Karya agung ibnu khaldun ialah al-Muqaddimah :

Al-Muqaddimah merupakan karya agung ibnu khaldun dalam bidang pensejarahan. Menurut B. lewis buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains kebudayaan dan buku ini banyak membantu ahli sejarah dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah kerana buku inimembahaskan secara terperinci tentang sejarah dan pensejarahan. Buku ini setebal 700 helai muka surat.

Buku muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bad. bab satu ialah risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia. Bab dua ialah tentang kehidupan masyarakat desa iaitu masyarakat badawi atau perimitif. Bab ketiga pula menceritakan mengenai pemerintahan dan sistem pemerintahan khalifah. seterusnya bab keempat mengenai perkembangan kota-kota. bab kelima pula mengenai ekonomi penduduk di sesuatu tempat dan bab kelima cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan.

Ibnu khaldun meyakini bahawa dasar negara bergantung kepada generasi pertama yang memiliki tekad dan kekuatan yang tinggi untuk membina sebuah negara. Lalu terhasilah jenerasi kedua yang mampu menikmati kestabilan dan kemakmuran yang ditinggalkan generasi pertama. Generasi ketiga akan menikmati kemakmuran daripada gnerasi kedua. Generasi ketiga akan membangun dalam kesenangan, kekayaan dan sedikit demi sedikit akan terlalai dengan kesenangan ini. Kesenangan ini akan melemahkan iman dan spritual rakyat tersebut dan akan menghancurkan negara tersebut disebabkan kelemahan internal atau dari kesenangan musuh yang telah lama memerhati kelemahan mereka.

Ada beberapa catatan penting dari sini yang boleh kita ambil pengejaran. Bahawa ibnu khaldun menjunjung tinggi ilmu pengetahuan yang tidak meremehkan sesebuah sejarah di dalam negara. ibnu khaldun adalah seorang yang tidak pernah jemu mempelajari ilmu yang serba luas. Ibnu khaldun juga seorang penulis yang produktif.

Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam persejarahan yang merupakan percubaan awal ahli sejarah yang merupakan percubaan awal para ahli sejarah memahami perkara yang berlaku pada sosial dan poolitik manusia. Buku ini juga merupakan satu bahan yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci.

Ayah ibnu khaldun sangat menerapkan pendidikan Alquran dalam diri beliau. Seperti mmana yang dikatakan oleh ibn khaldun “ ketahuilah behawa pendidikan Al Quran adalah sesuatu yang diterima oleh ummat islam di seluruh dunia islam. oleh itu pendidikan Alquran akan meresap di dalam hati dan memperkuatkan iman. Dan pengajaran Alquran pun patut diutamakan sebelum ilmu yang lain.

imamah, sultanah dan khilafah

Menurut ibnu khaldun beliau telah mendefinisikan perkataan-perkataan tersebut. Khilafah menurut ibnu khaldun ialah pemerintahan yang berlandaskan agama yang memerintahkan rakyatnya sesuai dengan syariat islam dalam hal duniawi dan ukhrawi. Maka pemerintah yang memerintah berdasarkan agama digelar khilafah, sultanah dan imamah.

Ibnu khaldun berpendapat bahawa bentuk peperintahan ada 3. Pertama pemerintahan yang natural (siyasah tabi’iyah) iaitu pemerintahan yang membawa masyarakatnya sesuai dengan dengan tujuan nafsu. ertinya pemerintah memerintah kerajaan (mulk) lebih mengikuti kehendak nafsunya tanpa memerhatikan kepentingan rakyat dan mengakibatkan pelbagai penindasan dan anarki.

Kedua pula ialah pemerintahan yang berdasarkan nalar (siyasah ‘aqnaliah) iaitu pemerintahan yang mendekatkan rakyatnya dengan keadilan seperti pemerintahan republik. Pemerintahan ini bersikap adil dan tiada penindasan. Pemerintahan ketiga ialah pemerintahan yang berdasarkan agama iaitu pemerintahan siyasah diniyyah, pemerintahan yang membawa rakyatnya dekat dengan agama dan bersifat duniawi dan ukhrawi. Menurut ibnu khaldun pemerintahan adalah yang terbaik kerana ia menjamin keamanan dalam sesebuah negara. Disebabkan ia memerintah berdasarkan agama islam, pemerintahnya digelar imam atau khalifah. Digelar khalifah kerana ia mengganti nabi dalam memerlihara keselamatan dan kesejahteraan agama, dan digelar imam kerana kerana pemerintahan tersebut ibarat imam solat yang harus diikuti oleh rakyatnya sebagai makmum (muqaddimah 191)

3) PENGASAS FALSAFAH SEJARAH

Ibn Khaldun adalah salah seorang pakar sejarah Arab teragung yang juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Beliau turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal sebagaimana yang dicatit dalam karyanya, Muqaddimah (“Pengenalan”). Menurut Umar Furrukh dalam kitabnya, Tarikh al-Fikr al-‘Arabi; setelah merasa bosan merantau dan melaksana urusan kerajaan, Ibn Khaldun berpindah ke Morocco dan mengambil keputusan untuk mengasingkan diri di sebuah tanah perkuburan di bahagian timur Telemsan selama 4 tahun dan mula menulis bukunya, Muqaddimah. Menurut catatan Abu Usaiba`ah dalam kitabnya, `Uyun al-Anba’ fi Tabaqat al-Atibba’: Selain Muqaddimah, Ibn Khaldun juga menulis dalam bidang-bidang lain seperti ilmu hisab, logik dan sejarah.

Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan dan pekerjaan manusia, pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan pertukangan, dan secara umumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia. Secara ringkas daripada definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain.

Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang mengatakan bahawa Tuhan telah campur tangan secara langsung dalam menentukan sejarah manusia dan bukan manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya. Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa prinsip untuk sejarah. Contohnya, apabila mengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang individu perlu memastikan penglibatan sebab dan akibat pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan, dan secara umumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia. Secara ringkas daripada definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain.

Jadi nilai-nilai spritual sangat diutamakan sekali didalam kajiannya di samping mengkaji ilmu-ilmu lainnya. Kehancuran suatu negara, masyarakat ataupun secara individu disebabkan oleh nilai-nilai spiritual yang lemah. Jadi pendidikan negara adalah sangat penting untuk menjadikan seorang itu bertakwa untuk kemaslahatan ummat.

Menurut beliau, manusia sendiri yang menentukan sejarahnya kecuali mereka yang melanggar hukum Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum alam akan ditentukan Allah. Ibnu khaldun berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya. Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah: Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

4) BAPA EKONOMI ISLAM

Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa Ekonomi Islam” kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat spt Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823). Ibnu Khaldun telah mengutarakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi spt keadilan, hardworking, kerjasama, kesederhanan dan fairness.

Beliau menegaskan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Ibnu Khaldun melihat manusia sebagai memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi. Manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu mengikuti ajaran Islam dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian sentiasa berada dlm keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau faktor pengeluaran seperti tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap faktor terpenting di dalam proses pengeluaran. Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat perlu untuk mengawal tahap produktiviti.









5) SEBAGAI BUDAWAYAN

Ibnu khaldun juga merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan arab. Pengajian kesusasteraanye ialah dengan syeikh muhammad bahr di Tunisia dimanfaatkankan ibnu khaldun untuk memantapkan kebolehannya dalam bersyair. Ibnu khaldun banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran ibnu khaldun dalam bidang pengsyairan jelas kelihatan dalam karyanya al muqaddimah apabila membahaskan tentang syair arab


6) SUMBANAGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG SOSIOLOGI

Ibnu khaldun terkenal dengan satu teori iaitu asyabiyah yakni adanya persamaan kepentingan sebagai akibat dari adanya pergantungan yang menyebabakan sesuatu kelompok itu bergabung. Tokoh ini tersohor dengan beberapa idea membangun. Menurut beliau, gandingan antara agama dan asabiyyah dalam usaha-usaha mewujudkan sebuah negara yang teguh adalah amat diperlukan pada peringkat permulaan untuk mewujudkan sesebuah pemerintahan negara. Malah juga agama tidak akan sempurna tanpa ‘asabiyyah. Meskipun begitu, beliau juga tidak menafikan bahawa kezaliman akan berlaku sekiranya unsur-unsur ‘asabiyyah lebih mengatasi ke atas unsur-unsur agama. Ini kerana agama adalah satu unsur yang lebih besar peranannya daripada ‘asabiyyah dalam pebentukkan sesebuah pemerintahan negara. Kelompok itu mematuhi ketentuan-ketentuan yang disepakati bersama.

Ibnu khaldun menyatakan asabiyyah muncul kerana 4 sebab

i.          Ikatan darah, keturunan ataupun kerabat
ii.         Ikatan perjanjian atau persetujuan
iii.       Ikatan yang timbul kerana hubungan perlindungan dan setia kepada orang yang melindunginya.
iv. ikatan agama

Dari sudut ekonomi, Ibn Khaldun memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Beliau membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang serta melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Sarjana ini juga memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Pada tahun 1363 beliau bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile (The Cruel of Castile). Dia belayar ke Alexandria pada Oktober 1382 dan menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan di beberapa buah universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abu al-Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Tokoh ilmuwan ini meninggal dunia pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.
Antara jasa terbesarnya ialah penyusunan ilmu sosiologi atau sains kemasyarakatan.

Ia telah diperkenal oleh Ibn Khaldun sendiri pada sekitar tahun 1377. Sosiologi adalah satu disiplin ilmiah yang mengkaji tentang interaksi kemanusiaan meliputi pelbagai tajuk dalam berbagai bidang. Bidang ilmiah ini amat cenderung terhadap konflik, persefahaman, persaingan dan kerjasama, organisasi, perpecahan, penyesuaian, penyusunan, perubahan dan juga lain-lain proses interaksi kemanusiaan. Bidang ini mempunyai kaitan rapat dengan ilmu politik. Malah penyelidik dalam bidang politik akan lebih mampu memahami serta mendalami segala latarbelakang, susunan, pola kehidupan sosial berbagai golongan atau kelompok dalam sesebuah masyarakat.

Kesimpulan

Ibnu khaldun merupakan seorang sarjana islam yang terkemuka dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kajian beliau. Beliau sangat disegani oleh sarjana islam barat.


Buku beliau yang terkenal iaitu muqaddimah dianggap sebagai pengasas ilmu kepada masyarakat atau ketemadunan. selain itu pandangan dan teori-teori yang dikemukakan oleh beliau telah banyak menyumbang kepada masyarakat sehingga ke hari ini.
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.net

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page