Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Sunday, August 09, 2015

Posts from my facebook on 9 August 2015 (in English & Bahasa Melayu)

"Ya Allah, baguskanlah setiap akhir urusan kami, dan selamatkanlah dari kebinasaan di dunia dan dari seksa akhirat." [Hadith Riwayat Imam Ahmad]

Aamiin


Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan sibuk memperbaikinya tanpa memerdulikan cacat dan aib orang lain. Dan barang siapa mengenal Rabbnya maka dia akan sibuk berkhidmat kepada-Nya dengan meninggalkan ajakan dan rayuan hawa nafsunya.

The key to a successful life is to follow in the footsteps of the person who defined it, Prophet Muhammad, peace be upon him.

Buatlah sesuatu sesuai di tempatnya. Begitu juga dengan perlumbaan kereta, ia harus dilakukan di litar yg dibina khusus utk tujuan berkenaan seperti di Litar Sepang. KL City Grand Prix mengundang byk masalah kepada orang ramai, pekerja, pejabat & perniagaan sekitar jalan yg ditutup beberapa hari. Minggu hadapan, kerja-kerja membaiki jalan dan mengecat semula road marking, maka kesesakan bertambah buruk. 
Zalim ialah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Posts from my facebook on 8 August 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil.

(Al-Quran, Surah al-Muzammil, ayat 2-4)

How can ye reject the faith in Allah.- seeing that ye were without life, and He gave you life; then will He cause you to die, and will again bring you to life; and again to Him will ye return.
(Al-Quran, surah Al-Baqarah: 28)

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
(Al-Quran, surah Al-Baqarah: 28)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut”
[Hadith Riwayat Imam Ahmad
]


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page