Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Friday, July 31, 2015

Posts from my facebook on 31 July 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Beberapa kali saya baca orang tulis di fb mengenai harga makanan terlalu mahal di Restoran Insaf, Jalan TAR, KL. Hari ini saya makan tengahari di sana, kononnya mahu berhati-hati...jadi ambil nasi putih (bukan nasi beriyani), satu ayam goreng dan sedikit acar serta air suam (bukan jus atau sirap). Bila nak bayar harganya RM17.20...resip pun tiada pecahan terperinci (hanya tulis MAKAN & MINUM, rasanya ini satu kesalahan)...kali ini benar-benar insaf smile emoticon smile emoticon 
Agaknya jika ambil nasi beriyani dan teh tarik, harga dlm RM25.



Taman taman awam juga akan diwartakan sebagai tempat larangan merokok. Katanya merokok dibenarkan tempat letak kereta.
Adakah persamaan antara rokok dan kereta?
Asap rokok dan asap kereta mengandungi karbon monoksida yg merbahaya kepada kesihatan.

*Semasa di tingkatan 3 sekolah dulu saya menulis tajuk berkaitan bahaya merokok yg menjadikan saya Penulis Terbaik peringkat negeri Kedah pada tahun 1980 dan menerima Hadiah piala dan tunai dari Sultan Kedah (YD Agong sekarang). Ibu bapa saya tak perlu beri duit ke sekolah selepas itu smile emoticon

Di kalangan pemimpin pembangkang, berkaitan isu isu mutakhir ini, pendirian dan pandangan TG Hadi Awang dan TG Haron Din yg agak boleh pakai...Allahu Aklam.

Firman Allah SWT:
"Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui."

(Quran, surah Al-Mu'minuun: 114)

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Followers