Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Monday, December 30, 2013

Maksud Kalimah 'Maa-Syaa-a-Allah' (Ma Sya Allah)



Makna Maa-Syaa-Allah adalah lebih kurang maksudnya "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini terbahagi kepada 3 perkataan :

1. Ma (مَا ) - harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّذِي) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (مَاذ) dan juga bukan (not,لَمْ ).

2. Syaa-a (شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (أَرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".

3. Allah ( الله) - Isim (nama atau nouns).

"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله

Di dalam scenario kita di Nusantara, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan keta'juban atau terkejut atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-

ما شاء الله لا قوة إلا بالله
"Maa-Syaa-a-Allah La Quwata illa billlah"

Sebagaimana firman Allah swt :-



وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].

1. Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dan sebagainya lalu berkata Maa-Syaa-a-Allah - "Apa yang Allah kehendaki", seolah-olah menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik-baiknya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.

2. Kesalahan kedua ialah kesalahan dari segi sebutan panjang MAA dan juga tulisannya. Kesalahan ini akan membawa kepada pengertian yang salah. Dari segi tulisan, huruf MA di kombinasikan dengan huruf Syaa-a :-

"MaSyaa-a-Allah" - مشاء الله - yang membawa maksud "Penyebar adalah Allah / A spreader is Allah"

Kesalahan-kesalahan ini bukan sahaja berlaku kepada mereka yang bukan Arab, malah ini diberlakukan juga dikalangan orang-orang Arab sendiri. Di sini paparkan beberapa website yang melakukan kesalahan tersebut (terutamanya forum-forum Arab) :-


مشكورين أبناء سالم على الرد والترجمه مشاء الله عليكم الله يحفظكم

http://bukhalifa.com/zayed/archive/index.php/t-5861.html

مشاء الله عليك اختي فطامي

http://www.uae2020.net/forum/archive/index.php/t-296.html

مشاء الله أهلا وسهلا

http://www.atteb.com/Forums/lofiversion/index.php/t4414.html

مشاء الله تبارك الله

http://alm3na.net/vb/printthread.php?t=5080

مشاء الله ............. مشاء الله

http://www.4gg4.com/vb/archive/index.php/t-2067.html

=========
Rujukan :

1. Munir Baalbaki dan Dr Rohi Baalbaki. Al-Mawrid. cet pertama. Beirut : Dar Al-Ilm LilMalayin, 1997.


(qazikirdandoa)
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Followers