Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Friday, December 27, 2013

Adab dan Sunnah pada Hari Jumaat


1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat
Mandi pada hari Jumaat adalah sunat yang sangat digalakkan bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”
(Shahih HR. Bukhori dan Muslim)
Mandi Jumaat ini sunat yang sangat digalakkan bagi setiap muslim lelaki yang telah baligh, tetapi tidak bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Mandi Jumaat ini seperti mandi janabah iaitu seperti mandi wajib .. menyiram seluruh anggota tubuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.” 
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)
Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”
(Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Huroiroh R.A menuturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”
(Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)
7. Solat Sunat setelah Solat Jumaat
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail berkata,“Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”
(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda yang ertinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”
(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok)
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Followers