Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Friday, February 17, 2012

Pantun Nasihat



Pergi ke sawah menanam padi,
Singgah di sungai menangkap ikan;
Hidup hendaklah bersendikan budi,
Sifat sombong jangan amalkan.



Bunga mawar bunga melati,
Kala dicium harum baunya;
Banyak cara sembuhkan hati,
Baca Quran faham maknanya.



Sungguh indah dataran gambut,
Angin menyusur di pinggir desa;
Alhamdulillah kita menyebut,
Tanda bersyukur kepada yang Esa.



Indahnya pancaran cahaya mentari,
Terang berderang menerangi hari;
Kurniaan Allah wajib disyukuri,
Teruskan berusaha perbaiki diri.


Masak nasi beras jati,
Isteri masak siapa lagi,
Tutur kata berhati hati,
Agar tiada berkecil hati.


Angan angan mahu ke bulan,
Tapi bangun jam sembilan;
Jika gagal ambillah pengajaran,
JIka silap buatlah pembetulan.



Negeri Kedah Darul Aman,
Negeri Selangor Darul Ehsan;
Hidup sentosa damai aman,
Berbuat baik sesama insan.

--- 
CEO / Consultant: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting: www.alfalahconsulting.com 
Islamic investment: www.islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Followers