Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Saturday, February 18, 2012

Gurindam Nasihat



Koleksi gurindam nasihat
Nukilan: Ahmad Sanusi Husain


2 baris:

Hendaklah pandai menghargai masa.
Jangan dinanti esok lusa.


Buat jahat jangan sesekali
Buatlah baik berkali kali


Solatlah bagaikan solatmu yang terakhir
Jangan amalkan solat di minit-minit akhir

Kerana mengejar kilauan takhta orang berebut kuasa
Jagalah adab dan akhlak, takutlah pada Yang Maha Berkuasa

Orang yang pandai selalu ingat suatu hari akan mati
Perbanyakkan bekalan amal untuk ke akhirat nanti

Solatlah dengan kyusuk penuh tumpuan,
Jangan fikiran melayang jiwa tak keruan.


Orang yang tidak berdisiplin,
Semangatnya cepat terpadam bagaikan lilin.


Engkau mencari damai abadi,
Kenapa berzikir jarang jarang sekali.


Ketika tangis, senyum mahupun tawa,
Sentiasalah menjadi hambaNya yang bertakwa.


Orang buat baik kita bersangka baik,
Orang buat salah kita tegur cara baik.


Matlamat tidak menghalalkan cara,
Carilah redha Allah setiap perkara.


Jika jiwa rasa gelisah,
Muhasabah diri mungkin ada buat salah.


Fitnah menfitnah membawa musnah
Ingat mengingati mengundang rahmah


apabila terpelihara lidah
nescaya dapat daripadanya faedah


akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.



Dunia ini ujian bukan tujuan,
akhirat itu kenyataan bukan khayalan. 



Nasihat menasihati amalan diberkati,
Jauhi kutuk mengutuk menyakiti hati.

Apabila mendengar akan khabar,
Siasat dulu apakah benar.

Siang dan malam silih berganti,
Hidup semakin mendekati mati.


Mencari rezeki siang dan malam,
Ambil yang halal jauhi yang haram.


Banyakkan amal jauhi maksiat,
Siapkan bekalan menuju akhirat.

Tahajjud amalan Nabi, sahabat Nabi  dan orang soleh,
Tanamkan azam, kuatkan iman, insya Allah kita boleh.


Amalkan bekerja bersungguh-sungguh,
Jangan gemar bertangguh-tangguh.


Kerja sebagai satu ibadah,
Laksanakan dengan penuh amanah.


Luangkan masa untuk berfikir,
Jangan lupa untuk berzikir.


Fitnah menfitnah Allah murka,
Nasihat menasihati Allah suka.


Hari Jumaat penuh barakah,
Gandakan amal, zikir dan sedekah.


Al Quran kitab suci kalam Tuhan,
Bacalah setiap hari jadikan panduan.


Setiap masalah ada hikmahnya,
Berdoa berzikir minta rahmatNya.


Lapangkan masa untuk ibu bapa,
Jasa bakti mereka jangan dilupa.



Merokok sebenarnya tidak berfaedah,
Amalan buruk penyakit terdedah.


Berpesan pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran,
Jauhi fitnah, permusuhan dan eratkan persaudaraan. 


Jika ingin bahagia dunia dan akhirat,
Ikut Quran dan Sunnah itulah syarat.


Fitnah dan khabar dusta jangan disebar,
Perbuatan berdosa maruah tercemar.


Jika mencari kecemerlangan dalam kehidupan,
Muhasabah diri perbetul kesilapan.


sebar ilmu, pahala dapat, besar manfaat,
sebar fitnah, dosa besar, datang mudarat.



Jika kerja sambil lewa,
Nanti bos berasa kecewa.


Buat kerja bersungguh sungguh,
Jangan ditunda jangan ditangguh.

Wajah ceria senyuman mesra,
Semoga bahagia sihat sejahtera.

Beri ingatan pada yang lupa,
Beri kekuatan pada yang nestapa.


Hari Jumaat penuh barakah muncul lagi,
Tambahkan zikir, selawat doa dan mengaji.


Gunakan fb untuk ilmu dan kebaikan,
Bukan sebar fitnah serta permusuhan.

Carilah jalan termudah
Tapi jangan mengambil mudah

Walau peluang keemasan di depan mata,
Jika tiada tindakan ia tidak menjadi nyata.


AKHIRAT

Banyakkan amal jauhi maksiat,
Siapkan bekalan menuju akhirat.


Jika ingin bahagia dunia dan akhirat,
Ikut Quran dan Sunnah itulah syarat.

ALLAH/ILAHI

Jangan pernah berputus asa,
Yakinlah pada Yang Maha Esa.


Sebelum kembali ke Rahmatullah,
Kembalilah ke jalan yang diredhai Allah.


Takut kepada makhluk kita menjauhinya
Takut kepada Allah kita mendekatiNya

Jangan hanya mencari Allah bila ada masalah,
Dekatilah Allah di kala senang maupun susah.

Engkau mencari damai abadi,
Sentiasalah ingati Allah serta mengaji.

Mengumpat mengeji menfitnah dapat dosa,
Ingat mengingati diredhai Yang Maha Esa.

Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah,
Dikatakan 'Kun fayakun' maka terjadilah,

Di saat senang mauhun payah,
Sentiasa ingat memohon pada Allah.

Jangan berputus asa anda bisa,
Yakin pada Allah Tuhan Maha Esa

Hidup di dunia hanyalah sementara,
Ingatlah Allah dalam setiap perkara.

Jika mencari redha Ilahi,
Yang dilarang dijauhi, yg diperintah dipatuhi.

Jangan mudah berputus asa, yakinlah pada Yang Maha Esa,
Jangan mudah menyerah kalah, yakinlah pada kuasa Allah.


AL-QURAN

Beristiqomah membaca Al-Quran,
Fahamkan maksud jadikan panduan.

Solat sudah doapun sudah
Ambil Al Quran bacalah

Rajin rajin baca Quran,
Faham maksud jadikan panduan.

Quran dan sunnah jadi panduan,
Ijma dan qiyas jadi ikutan.

Ikutlah Quran dan Sunnah,
Itulah jalan menuju  Jannah.

Al-Quran dibaca dan dikaji setiap hari,
Bukan sekadar hiasan di dalam almari.

CEMERLANG

Jika ingin jadi insan cemerlang
Sikap negatif segeralah buang.

IBU BAPA

Lapangkan masa untuk ibu bapa,
Jasa bakti mereka jangan dilupa.



ILMU

Bukan sekadar menuntut ilmu
Beramal berjasa manfaatkan ilmu 


ISTIQOMAH

Amal yang sedikit tapi istiqomah,
Itulah amalan yang disukai Allah.

Amal walaupun sedikit tapi berterusan,
itulah Istiqomah yang disukai Tuhan.

JUMAAT

Hari Jumaat penuh barakah muncul lagi,
Tambahkan zikir, selawat doa dan mengaji.

QURAN

Al Quran bukan hanya untuk disimpan dan dijadikan hiasan,
Al Quran untuk dibaca, difahami dan dijadikan panduan.


RAMADAN


Jika mencari Laylatul Qadar
Jangan beribadah ala kadar


Ramadan kini di penghujungnya
Kita harus lebih mendekati-Nya

Ramadhan Kareem sudah di penghujung,
Selepas Ramadhan ke masjid teruslah berkunjung.


Di bulan Ramadan ramai bertukar menjadi baik,
teruskan di luar Ramadan buatlah yang terbaik.

Allah jadikan Ramadhan bulan penuh berkah 
Allah jadikan Ramadhan bulan penuh rahmah

Perbanyaklah ibadah, jangan lupa sedekah
Perbanyaklah tadarus, jangan lupa zikrullah

SOLAT

Suara azan merdu dan syahdu,Amalan murni solat di awal waktu. 


Kaabah itu adalah khiblat
Masuk waktu segeralah solat


jika tiada khusyuk dalam solat,
barang yang hilang pun jadi ingat.

TAHAJJUD

Bangunlah di kala dini hari,
Pada Ilahi dekatkan diri.

4 baris:


Akhirat itu pasti
Tiada akhirnya lagi
Selalulah ingat mati
Amal ibadah bekalan diri


Berpesan-pesan dengan kebenaran
Berpesan-pesan dengan kesabaran
Cela fitnah dengki mesti dielakkan
Akramul Muslimin eratkan persaudaraan



Hidup di dunia hanya sementara,
Ingatlah Allah setiap perkara,
Berbuat baik sesama saudara,
Elakkan khianat serta angkara



Berilah pandangan yang membina,
Jauhi mencaci dan menghina,
Itulah tindakan yang bijaksana,
Semoga kebaikan untuk semua.


Jumaat mubarak muncul kembali
Masa berlalu pantas sekali
Sudahkan kita mempersiapkan diri
Ke negeri akhirat yang kekal abadi 


Biar wang segudang, 
Biar punya kapal terbang,
Nanti bila amal di timbang,
Kita tak mampu menentang.

Solat sudah, berdoa pun sudah,
Duduklah mengaji beberapa surah,
Tidak mesti banyak tapi perlu istiqomah,
Moga mendapat rahmat dan redha Allah.


Sedetik masa berlalu
Sedetik menghampiri pusaramu
Perbaiki dan tambahkan amalmu
Moga Allah merahmati hidup dan matimu.


6 baris:

Akhirat itu pasti,
Tiada akhirnya lagi,
Insafi suatu hari akan mati,
Amal ibadah bekalan diri,
Dosa dan maksiat dijauhi,
Allah sentiasa diingati,
Allah sentiasa di hati.


Koleksi gurindam nasihat
Nukilan: Ahmad Sanusi Husain
--- 
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Followers