Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Friday, April 22, 2011

Riba: Definisi dan Jenis-jenis Riba


Isu riba’ merupakan isu yang penting dalam kehidupan seharian bagi seorang Muslim. Ia mungkin sudah difahami oleh sebahagian Muslim, tapi tidak dihayati untuk meninggalkannya. Riba’ merupakan suatu larangan yang bersifat mutlak oleh Allah SWT. 

Apa itu Riba’?

Apa Jenis-jenis Riba’?

Apa hukuman bagi orang yang degil untuk meninggalkan amalan Riba’?

Apa itu Riba’?

Takrifan ringkas riba’ ialah merupakan sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu (barang ribawi)(1). 

Ia merangkumi merangkumi riba daripada hutang (riba ad-Duyun)  dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al-Buyu’).

Apa pula Riba’ ad-Duyun dan riba al-Buyu’?


A) Riba’ ad-Duyun
Riba jenis ini adalah riba’ yang muncul dari hutang. Ia merupakan lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

a) Riba al-Qardh: Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam. 

Sebagai contoh, Ahmad ingin meminjam RM1,000 daripada Mohd. Tetapi Mohd menetapkan syarat bahawa Ahmad wajib membayar semula hutang tersebut sebanyak RM1,200. Lebihan RM200 merupakan riba ad-Duyun jenis al-Qardh.


b) Riba al-Jahiliyyah: Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.  

Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada 1 bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan sebanyak RM100 merupakan riba’ ad_Duyun jenis al-Jahiliyyah.


B) Riba’ al-Buyu’
Riba’ jenis ini pula muncul daripada jual beli barangan ribawi. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh.


a) Riba’ an-Nasa’: Ia merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan riwabi yang sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa).

Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan). Riba an-Nasa' juga disebut sebagai riba an-Nasiah.

b) Riba al-Fadhl: Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti)

Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.

Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba al-Fadhl dan riba’ an-Nasa’, iaitu:

i) Mesti sama berat atau kuantiti nya (walau berbeza kualiti dan harganya).

ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran).

Apa Ancaman Bagi Orang Islam Yang Mengamalkan Riba’?

A) Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Peperangan ke atas Pemakan dan Pemberi Riba.

Firman Allah swt:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.  Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279)  

Ini merupakan ancaman keras dari Allah. Bahkan merupakan ayat cabaran dari Allah bagi sesiapa yang degil dan engkar dengan perintahNya. Imam Abu Hanifah pernah berkata;” Ini adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan.”

Tinggalkan riba jika kamu benar-benar mengaku sebagai hamba Allah.

B) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah swt:

“Allah menghancurkan keberkatan kerana riba’ dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (al-Baqarah: 276)

C) Seperti berzina dengan Ibu Bapa Sendiri.

Nabi saw Bersabda:

“Riba’ mempunyai 72 pintu. Riba’ yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.”
(Riwayat at-Tabrani, 7/158; al_Hakim, Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim)

Mari kita buka mata dan hati, betapa beratnya ancaman Allah terhadap orang yang mengamalkan riba dalam kehidupan seharian.

D) Lebih berat Daripada 36 Kali Berzina.
Nabi saw bersabda:

” Satu dirham riba’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.” (Riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni)

E) Salah Satu Daripada 7 Dosa Besar.
Nabi saw bersabda:

” Jauhilah 7 dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba’, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan(kerana takut), dan menuduh perempuan yang suci berzina(tanpa saksi adil).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Fahami apa itu riba’, jenis-jenisnya dan apa ancaman yang datang dari Allah dan Rasulnya bagi sesiapa yang mangamalkan riba’ dalam kehidupan meraka. Semak semula, dari mana sumber pendapatan kita selama ini. Semoga kehidupan kita bebas riba dan larangan-larangan yang lain.

Nota: (1) Barangan ribawi adalah berkaitan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: “Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.” (Riwayat Muslim nombor 4039, nombor hadis, 11/9)



----------  
CEO / Consultant: http://ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting: http://alfalahconsulting.com 
Islamic investment: http://islamic-invest-malaysia.com

Menggarap Fadhilat Jumaat



Petikan khutbah Jumaat:



Sidang Jumaat rahimakumullah,


Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada kita satu hari dalam seminggu untuk kita berkumpul beribadah kepadanya. Hari tersebut adalah hari Jumaat. Berpandukan hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:


“Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat. Padanya Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya juga dimasukkan ke Syurga, dan padanya juga dikeluarkan. Dan tidak terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat.” Hadith riwayat 5 perawi kecuali Bukhari.

Maka hari Jumaat merupakan hari yang paling mulia dalam seminggu. Di dalamnya ada waktu yang sangat mustajab doa. Di dalamnya disyariatkan solat Jumaat. Di dalamnya disyariatkan khutbah Jumaat. Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Jumuah, ayat 9:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk mengerjakan solat Jumaat maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu ketahui.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Di antara hikmah Allah s.w.t mewajibkan solat Jumaat adalah agar kita sentiasa diperingati untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah. Malah wasiat untuk bertaqwa kepada Allah merupakan satu rukun yang wajib pada khutbah Jumaat. Begitu juga setiap hari Jumaat merupakan peluang untuk kita mendengar nasihat, peringatan dan kebesaran Allah s.w.t, agar kita memperbaharui keimanan kita kepada Allah, mengukuhkan lagi aqidah kita dan menambahkan lagi cinta kita kepada Islam. Inilah antara hikmah diadakan khutbah pada solat Jumaat.

Amat sedih sekali jika kita menganggap solat Jumaat ini sebagai satu perkara yang rutin, yang diulangi tanpa ada apa-apa kesan didalam jiwa. Malah lebih malang lagi apabila ada sebahagian kita menganggap waktu khutbah Jumaat sebagai waktu rehat, waktu melelapkan mata, waktu tidur. Ada sebahagian jemaah yang bukan sahaja tidak menghayati khutbah yang disampaikan, malah dibuai mimpi, seolah-olah khutbah Jumaat adalah cerita-cerita belaka. Tentu kita tidak mahu menjadi orang yang khayal ketika khutbah disampaikan. Tentunya kita tidak mahu menjadi orang yang tidur ketika khutbah disampaikan.

Kerana orang yang tidur dan khayal ketika khutbah disampaikan akan terlepas fadhilat mendengar khutbah, mereka akan terlepas meningkatkan ketaqwaan mereka. Akan terlepas dari mereka peluang untuk menambahkan keimanan mereka. Rasulullah s.a.w melarang kita dari berbual ketika khutbah sedang disampaikan. Sesiapa yang berbual maka akan terlepas pahala Jumaat mereka. Mengapa? Agar kita dapat menghayati khutbah. Inikan pula seorang yang tidur ketika khutbah disampaikan. Bagaimanakah mereka akan mendapat rahmat Allah?

Saudara-saudara sekelian,

Mungkin tajuk khutbah yang disampaikan sudah biasa kita dengar. Mungkin juga khatib yang menyampaikan khutbah tersebut tidak mahir berpidato. Mungkin juga kita tidak faham apa yang disampaikan. Tetapi ini bukan alasan untuk kita khayal atau tidur ketika khutbah disampaikan. Kerana rahmat yang Allah turunkan tidak bergantung keseluruhannya kepada isi khutbah Jumaat, ataupun cara khatib menyampaikan khutbah, ataupun bahasa khutbah itu sendiri. Rahmat yang Allah turunkan bergantung kepada tahap khusyuk dalam hati kita. Bagaimana kita boleh mendapat khusyuk kalau kita tidur? Jika kita tidak dapat menghayati khutbah, maka sebaiknya berzikirlah dalam hati. Atau kita mengingati kembali segala dosa-dosa dan maskiat yang kita telah lakukan. Dan bersegeralah meminta ampun daripada Allah s.w.t, moga-moga ketika kita memohon ampun dari Allah tersebut adalah waktu mustajab doa. Kita tidak tahu samada kita dapat berjumpa Jumaat akan datang atau tidak. Malah kita tidak tahu samada ajal kita akan tiba apabila kita selesai dari mengerjakan solat Jumaat ini. Maka anggaplah ini merupakan solat Jumaat yang terakhir kita di muka bumi ini. Anggaplah setiap Jumaat merupakan yang terakhir kita di muka bumi ini. Tidakkah kita mahu bertaubat sebelum ajal datang menyambar. Allah s.w.t berfirman:

“Bagi setiap umat ajalnya. Apabila datang ajal mereka maka tidak diperlambatkan atau dipercepatkan sedikitpun.”

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah memastikan bahawa niat kita diperbetulkan apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat. Adakah kita pergi ke masjid hanya sekadar melepaskan tanggungjawab solat Jumaat? Adakah kita pergi ke masjid untuk berehat? Atau adakah kita pergi ke masjid untuk mendapat rahmat dari Allah? Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadith yang masyhur:

Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat. Dan sesungguhnya setiap seorang mendapat hasil dari apa yang diniatkan. Oleh itu, marilah kita perbetulkan niat kita apabila kita ingin menunaikan solat Jumaat. Kita pergi ke masjid atas niat untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. Insya Allah, rahmat Allah yang akan kita perolehi kelak. Dan dengan rahmat Allah, kita akan dapat mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan mereka tidak takut kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka tergolong dalam orang-orang yang diberi petunjuk.” (At-Taubah, 18)

----------  
CEO / Consultant: http://ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting: http://alfalahconsulting.com 
Islamic investment: http://islamic-invest-malaysia.com

Panduan & Keutamaan Solat Tahajjud


Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tengah malam sesudah bangun tidur. Jadi, kalau mahu mengerjakan solat Tahajjud, harus tidur dahulu, kerana erti Tahajjud adalah bangun pada malam hari. Solat sunat tahajjud dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tidak terbatas, dilaksanakan dengan munfarid (tanpa berjamaah). Waktu untuk melaksanakan solat Tahajjud (Shalatul Lail) ditetapkan sejak waktu Isya’ hingga waktu subuh (sepanjang malam). Afdhalnya shalat Tahajjud dilakukan pada sepertiga malam yang akhir iaitu kira-kira mulai jam 3.00 pagi (waktu Kuala Lumpur) sampai menjelang masuk waktu subuh.


Waktu-waktu Yang Utama
1. Utama : 1/3 malam pertama ( Ba’da Isya – 9 mlm-12.00 t/mlm ) 2. Lebih utama : 1/3 malam kedua ( pukul 12.00 t/mlm – 3 pagi ) 3. Paling utama : 1/3 malam terakhir ( pukul 3 pagi – Subuh ) *anggaran waktu di Kuala Lumpur, dan boleh berubah sedikit mengikut waktu solat semasa.


Lafaz Niat Solat Tahajjud

اُصَلّ سُنّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لله تَعَا لى
Ushalli sunnatat-tahajjudi rak’ataini lillahi ta’aalaa
(Saya niat shalat sunnat tahajjud dua raka’at karena Allah Ta’ala)


Cara Melaksanakan Solat Tahajjud

Niat shalat Tahajjud di dalam hati berbarengan dengan Takbiratul Ihram. “Aku niat solat sunah Tahajjud dua rakaat kerana Allah”
  1. Membaca doa Iftitah
  2. Membaca surat al-Fatihah
  3. Membaca salah satu surat di dalam al-Quran.
  4. Ruku’ sambil membaca Tasbih tiga kali
  5. I’tidal sambil membaca bacaannya
  6. Sujud pertama sambil membaca Tasbih tiga kali
  7. Duduk antara dua sujud sambil membaca bacaannya
  8. Sujud yang kedua sambil membaca Tasbih tiga kali.
  9. Setelah selesai rakaat pertama, lakukan rokaat kedua sebagaimana cara diatas, kemudian Tasyahhud akhir setelah selesai maka membaca salam dua kali dan rakaat-rakaat selanjutnya sama dilakukan seperti contoh diatas.
  10. Setelah selesai shalat Tahajjud bacalah zikir yang mudah (Allah-Allah-Allah) terutama perbanyak Istighfar (mohon ampun), adakan dialog bathin dengan Allah sampaikan semua perasaan yang terpendam dalam hati lalu ditutup dengan doa

Doa sesudah mengerjakan sunnat Tahajjud:

اَللّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ قَيّمُ السَّموَاتِ والْارْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّموَاتِ وَالاَرْضِى وَمَنْ فِيْهِنَّ. َولَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ نُوْرُالسّموَاتِ والاَرْضِ.َولَكَ الْحَمْدُ اَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّّ والْجَنَّةُ حَقٌّ والنَّارُ حَقٌّ والنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ. اَللّهُمَّ لَكََ اَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَلْتُ وَ اِلَيْكَ اَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَاِلَيْكَ حََكَمْتُ فَاغْفِرْلِى. مَاقَدَّمْتُ وَمَااَخَّرْتُ وَمَا اَسْرَرْتُ وَمَااَعْلَنْتُ اَنْتَ الْمُقَدّمُ وَاَنْتَ الْمؤَخّرُلآ الهَ اِلاَّ اَنْتَ وَلآ اِله غَيْرُكَ ولاَ حَوْلَ ولاَ قُوّةَ اِلاَّ بِاللّهِ

Allahumma lakalhamdu annta qayyimussamaawaati wal’ardhi wa manfiihinna wa lakalhamdu annta nuurussamaawaati wal’ardhi, wa lakalhamdu anntalhaqq wa wa’dukalhaqq, wa liqaa’uka haqq, wa qauluka haqq, waljannatu haqq, wannaaru haqq, wannabiyuuna haqq, wa muhammadun shallallaahu ‘alaihi wa sallam haqq, wassaa’atu haqq. Allaahumma laka aslamtu wa bika aamanntu wa ‘alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wa bika khaashamtu wa ilaika haakamtu faghfirlii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a’lantu, anntalmuqaddimu wa anntalmu’akhkhiru laa ilaaha illaa annta wa laa ilaaha ghairuka wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Ertinya:
Ya Allah, bagi-Mu puja dan puji. Engkau-lah penguasa langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya. Dan bagi-Mu pula puja dan puji, pancaran cahaya langit dan bumi. Bagi-Mu-lah puja dan puji itu, karena hanya Engkau-lah Yang Maha Besar, janji-Mu benar dan pertemuan dengan-Mu-pun benar pula. Firman-Mu benar dan surga-Mu-pun benar. Neraka benar dan para Nabi juga benar serta Nabi Muhammad saw juga benar dan hari kiamat itu benar. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri dan dengan-Mu aku percaya. Kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali serta dengan-Mu aku rindu dan kepada-Mu aku berhukum. Ampunillah dosa-dosaku apa yang telah aku lakukan sebelumnya maupun yang terdahulu atau yang kemudian, yang kusembunyikan dan yang kunyatakan dengan terang-terangan. Engkau-lah tuhan yang terdahulu dan yang kemudian. Tiada Tuhan selain Engkau, tak ada daya dan upaya melainkan dengan-Mu ya Allah. (HR. Bukhari-Muslim)

Kemudian membaca istighfar (mohon ampun):
Astaghfirullaahal’azhiim alladzii laa ilaaha illaa huwalhayyulqayyuumu wa atuubu ilaih. Allaahumma annta rabbi laa ilaaha illaa annta, khalaqtanii wa ana ‘abduka wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu a’uudzubika minsyarri maa shana’tu abuu’u laka bini’matika ‘alyya wa abuu’u bidzambii, faghfirlii fa’innahu laa yaghfirudzdzunuuba illaa annta.
Rabbanaa aatinaa fiddun-yaa hasanatawwafil’aakhirati hasanatawwaqinaa ‘adzaabannaar.
Artinya:
Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan selain DIA sendiri. Yang Maha Hidup dan Yang Berdiri sendiri-Nya, serta aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu, dan aku pun dalam ketentuan-Mu dan dalam janji-Mu, sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari sejahat-jahat kelakuan. Aku mengakui kenikmatan yang kau limpahkan kepadaku dan aku mengakui pula akan dosa-dosa-ku. Maka ampunilah aku, karena tak ada yang dapat menerima taubat atas dosa-dosa-ku selain Engkau sendiri.

Atau doa berikut:
Ya Allah, sungguh aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak berguna, hati yang tidak khusyuk, do’a yang tidak didengar, nafsu yang tidak merasa puas, dari kelaparan yang merupakan seburuk buruk teman tidur, dari pengkhianatan yang merupakan seburuk buruk pengiring, dari kemalasan, kekikiran, dan lemah hati,  dari kepikunan, dari kembalinya umur yang hina, dari fitnah Dajjal dan adzab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hati yang sering berdo’a, tawadhu, dan bertobat di jalanMu, Ya Allah, aku memohon kepadaMu keteguhan ampunanMu, hal hal yang mendatangkan keselamatan dari azabMu, keselamatan dari setiap dosa, keberuntungan dari setiap kebaikan, kemenangan dengan mendapatkan surga, dan keselamatan dari neraka (Hadits Riwayat Al-Hakim).

Jika ingin tidur kembali, bacalah Ayat Qursyi, Al-Ikhlash, Al-Falaq, An-nas. Insya Allah.


Keutamaan Solat Tahajjud
  1. Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.
  2. Tanda ketaatannya akan tampak kelihatan dimukanya.
  3. Akan dicintai para hamba Allah yang shaleh dan dicintai oleh semua manusia.
  4. Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandungi hikmah.
  5. Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.
Bagaimana Untuk Mudah Solat tahajjud?

Solat malam termasuk ibadah yang berat, kerana di saat kita terlelap dan masih mengantuk maka kita harus bangun untuk solat. Berikut beberapa sebab agar kita dimudahkan untuk melaksanakan shalat malam.

  1. Berusaha untuk tidur di awal malam dan menjauhkan diri dari begadang. Rasulullah membenci tidur sebelum Solat Isya' dan berbicara sesudah Solat Isya'.
  2. Ketika akan tidur, perhatikan adab-adab tidur, misalnya membaca doa sebelum tidur, membaca ayat kursi, membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah, membaca Surat Al Kaafirun, dll.
  3. Tidur sebentar di siang hari
  4. Meninggalkan kemaksiatan, dosa dan perbuatan bid’ah
  5. Berkeinginan kuat untuk shalat malam
  6. Memasang jam loceng (alarm clock). Boleh juga dengan saling membangunkan isteri, suami, dan keluarga. Bahkan boleh dengan saling membangunkan tetangga atau teman dengan menelefon melalui handphone-nya. Saling berta’awun.
Kutipan Hadis & Quran Tentang Solat Tahajjud

Solat malam itu adalah dua rakaat, dua rakaat apabila khawatir akan masuk waktu subuh maka berwitirlah satu rakaat saja. ( HR.Bukhari-Muslim ).


Pada malam hari, hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ketempat yang terpuji. (QS : Al-Isra’ : 79)
Seutama-utama solat sesudah shalat fardhu ialah shalat sunnat di waktu malam. (HR. Muslim)


Menurut keterangan yang sahih, saat ijabah (dikabulkannya do’a) itu adalah 1/3 malam yang terakhir. Abu Muslim bertanya kepada sahabat Abu Dzar : “ Diwaktu manakah yang lebih utama kita mengerjakan sholat malam?” Sahabat Abu Dzar menjawab : “Aku telah bertanya kepada Rosulullah SAW sebagaimana engkau tanyakan kepadaku ini.” Rosulullah SAW bersabda : “Perut malam yang masih tinggal adalah 1/3 yang akhir. Sayangnya sedikit sekali orang yang melaksanakannya.” (HR Ahmad)

Bersabda Rosulullah SAW : Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat ( waktu. ). Seandainya seorang Muslim meminta suatu kebaikan didunia maupun diakhirat kepada Allah SWT, niscaya Allah SWT akan memberinya. Dan itu berlaku setiap malam. ( HR Muslim )

Bersabda Nabi SAW : Jika suami membangunkan istrinya untuk shalat malam hingga keduanya shalat dua raka’at, maka tercatat keduanya dalam golongan (perempuan/laki-laki) yang selalu berzikir.”(HR Abu Daud)


Berkata Imam Ibnul Qayyim, Sesungguhnya shalat malam itu dapat memberikan sinar yang tampak di wajah dan membaguskannya Ada sebagian istri yang memperbanyak pelaksanaan shalat malam. Ketika ditanyakan kepada mereka mengenai hal tersebut, mereka menjawab, Shalat malam itu dapat membaguskan wajah dan kami senang jika wajah kami menjadi lebih bagus.Demikian yang dituliskan oleh Mahmud Mahdi Al-Istanbuli di bukunya Kado Perkawinan halaman 312 ketika mengutip perkataan Ibnul Qayyim di buku Raudha Ath-Thalibin.


Hendaklah kalian melaksanakan shalat malam karena shalat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa. (HR. Tirmidzi no. 3549, Al Hakim I/380, Baihaqi II/502. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Irwaa Al Ghalil II/199/no. 452).


Jibril berkata, Hai Muhammad, kemuliaan orang beriman ada dengan solat malam. Dan kegagahan orang beriman adalah sikap mandiri dari bantuan orang lain. (Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah no. 831).


Allah turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku tentu Aku ampuni.Demikianlah keadaannya hingga fajar terbit. (HR. Bukhari no. 145 dan Muslim no. 758).


Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” (Surah az-Zariat ayat 15-18).

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page