Ahmad Sanusi Husain (IFP,AIBM,FPAM,BSc,MIMM,DiT)

CEO, Consultant, Advisor, Trainer, Lecturer, Speaker, Motivator.

areas of expertise: Islamic finance, wealth management & financial planning, Islamic economics, Islamic investment, risk management, business & management, personal development, self-improvement, motivational.

CEO . Perunding . Jurulatih . Pensyarah . Penceramah . Penulis Editor . Pakar Motivasi . Penasihat ... kewangan Islam, perancangan kewangan Islam, pengurusan harta Islam, pelaburan Islam, pengurusan risiko, bisnes & pengurusan, pembangunan profesional, pembaikan diri, motivasi.

Blog Archive

Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Tuesday, April 26, 2011

13 Petua Untuk Mudah Qiyamullail



Antara ikhtiar yang boleh kita sama-sama amalkan untuk istiqamah berqiyamullail: 

1- Ikhlas kepada ALLAH dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredhaanNYA, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya dari pengetahuan orang ramai. Ini bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2- Hendaklah melakukan solat malam dengan perasaan dalaman bahawa ALLAH swt menjemputnya untuk bangun di tengah malam. 

3- Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun malam berdasarkan pengajian & perbincangan.

4- Memerhati kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah & iltizam melakukan qiyamullail khususnya para soliheen di kalangan sahabat & ulama'. 

5- Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw.

6- Tidur dalam keadaan berwudhu' seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah saw: "Apabila kamu hendak masuk tidur, berwudhu'lah seperti untuk menunaikan solat."-Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim daripada al-Barra b. Azib. 

7- Bersegeralah masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama selepas solat Isya' seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

8- Berzikir dengan wirid-wirid yang ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, dan baca doa tidur. Kerana ia menjadi benteng diri dari kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun. 

9- Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari (Qailullah) iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya, sekadar dalam setengah jam. 

10- Elakkan dari banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam. 

11- Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan. 

12- Menjauhi dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama & utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13- Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
----------  
CEO / Consultant: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting: www.alfalahconsulting.com 
Islamic investment: www.islamic-invest-malaysia.com

0 comments:

Post a Comment

Please Join my facebook's fan page