Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Tuesday, February 08, 2011

Hadis : 15 Perkara Mengundang Bahaya


Daripada Saidina Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu: 

1.Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3.Zakat dijadikan hutang
4.Suami mengikut kehendak isteri
5.Anak menderhakai ibunya
6.Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya
7.Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9.Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka
10.Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya
11.Arak diminum di merata-rata tempat
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki)
13.Para artis disanjung-sanjung
14.Muzik banyak dimainkan
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu 

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”

(Hadith riwayat Imam Tarmizi)


------
CEO / Consultant: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting: www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment: www.islamic-invest-malaysia 

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Followers