Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Sunday, August 08, 2010

10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Syeikh Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankan-Nya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Syeikh Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”



1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).


2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.


3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.


4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.


5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.


6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.


7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.


8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.


9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.


10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page