Postings are in English and Malay-Bahasa Melayu

Monday, April 11, 2011

Profile (Bahasa Melayu) - CEO, Perunding, Pensyarah, Motivator

Ahmad Sanusi Husain mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kewangan dan perbankan Islam, perancangan kewangan Islam, latihan proessional, perundingan, pendidikan, perniagaan dan pengurusan.  Beliau pernah berkhidmat di sebuah universiti awam, sebuah jabatan kerajaan, sebuah bank Islam terkemuka, institut latihan perbankan dan kewangan Islam nasional, persatuan institusi kewangan Islam nasional dan sekarang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) di syarikat perundingan dan latihan, iaitu Alfalah Consulting yang beribu pejabat di Lumpur, Malaysia.


Beliau adalah bekas Pengarah Eksekutif (Executive Director), Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM), sebuah persatuan nasional yang mewakili 19 institutisi kewangan di Malaysia, yang ditubuhkan pada tahun 1995.  Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah (Director), Latihan dan Pembangunan Profesional di Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) yang ditubuhkan dalam tahun 2001.Sebelum itu dia berkhidmat sebagai Pengurus Latihan di Bank Islam Institute of Research and Training (BIRT), yang ditubuhkan pada tahun 1995. Semasa berkhimat di BIRT and IBFIM, dia dipertanggungjawapkan untuk merancang dan melaksanakan program latihan pembangunan professional dalam bidang kewangan Islam, pasaran modal Islam, insurans Islam (takaful), pengurusan Islam dan sebagainya untuk insitusi di Malaysia dan negara lain.


Sebelum menyertai  BIRT dan IBFIM, dia bertugas di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), bank Islam pertama di Malaysia, dari 1991 sehingga 1995 sebagai Pegawai di Jabatan Organisasi dan Kaedah (Organisation & Methods Department). Semasa berkhidmat di BIMB, dia bertanggungjawab dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan produk perbankan Islam, penulisan manual writing, latihan kepada staf bank dan memperkenalkan berbagai produk kewangan Islam yang ditawarkan oleh BIMB. Tugas tambahan beliau ialah memberi khidmat nasihat, perundingan dan latihan kepada institusi-institusi yang ingin memperkenalkan perkhimatan kewangan Islam di Malasyia dan negara-negara lain.  Di awal kerjayanya, dia pernah berkhidmat seketika di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) and Universiti Utara Malaysia (UUM).


Ahmad Sanusi adalah juga seorang perunding, pensyarah dan jurulatih (trainer) dalam bidang kewangan dan perbankan perbankan Islam, perancangan kewangan Islam, pengurusan, pembangunan modal insan dan motivasi.

Sejak 1992, dia aktif dalam memberikan ceramah, syarahan dan latihan dalam lebih dari 2 ribu program  seminar, latihan, program akademik dan perundingan di berbagai institusi. Puluhan ribu peserta dari 60 negara dari 5 benua iaitu Asia, Afrikaa, Eropah, Amerika Utara dan Australia/Oceania telah menghadiri kursus dan seminar yang dianjurkan oleh beliau dan pasukannya sejak dari 1992.
Pernah menyampaikan kepakaran dan ilmunya di negara-negara berikut:
1) Malaysia 2) Indonesia 3) Singapura 4) Brunei 5) Thailand 6) Filipina 7) Mesir 8) Bahrain 9) USA



Beliau adalah antara tenaga pengajar (trainer) dan perunding (consultant) utama semasa Bank Negara Malaysia memperkenalkan   Skim Perbakan Tanpa-Faedah (Interest-Free Banking Scheme) pada tahun 1993 (sekarang dikenali sebagai Skim Perbankan Islam. Selain kewangan Islam, beliau juga adalah seorang tenaga pengajar dan perunding dalam bidang pengurusan , perniagaan, pembangunan modal insan dan motivasi.


Dilantik menjadi penulis modu pembelajaran untuk Certified Islamic Finance Professional Programme yang ditawarkan oleh International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF). INCEIF telah mendapat status universiti dari kerajan Malaysia.


Menjadi ketua moderator/pensyarahr/penulis modul (Perbankan Islam) di Financial Sector Talent Enrichment Program (FSTEP), satu projek usahasama IBBM, ABM, IBFIM, AIBIM, MTA, MIBA, LIAM, PIAM dan MII dengan sokongan Bank Negara Malaysia dan institusi-institusi kewangan.  Dilantik sebagai Ahli of Board of Studies (BOS) untuk program BBA (Muamalat) di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).


Ditemuramah dalam acara television (secara langsung) di Radio Television Malaysia (RTM) dan Radio Television Brunei (RTB). Dijemput  menjadi pensyarah/penceramah/ahli panel/pengerusi dalam berbagai acara yang berkaitan oleh pengurus acara antarabangsa, di Malaysia dan luar negara.


Graduan ekonomi dari Northern Illinois University (NIU), USA. Dia juga mempunyai kelulusan dalam bidang perancangan kewangan Islam, pelaburan (saham amanah), insurans/takaful dan terjemahan dan masih meneruskan proses pembelajaran  beliau.  Beliau adalah graduan kumpulan pertama program pengesahan (certification) Islamic Financial Planner (IFP) ysng dianjurkan oleh Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dan IBFIM. IFP diiktiraf oleh Securities Commission (SC) dan Bank Negara Malaysia).

Keahlian Profesional:
i) Ahli, Malaysian Institute of Management (MIMM)
ii) Ahli Perdagangan, Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)
iii) Ahli Bersekutu, Institute of Bankers Malaysia (AIBM)
iv) Ahli, Federation of Investment Managers Malaysia (FiMM)

v) Ahli Jawatankuasa, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (KL)

Berasal dari negeri Kedah Darul Aman.

Bidang kepakaran:


A: KEWANGAN ISLAM & PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM
1) Global development of Islamic financial system

2) Overview on Islamic finance
3) Overview on Islamic banking
4) Overview on Islamic insurance (takaful)
5) Shariah principles in Islamic finance
6) Fiqh muamalat (Islamic commercial rules/laws)
7) Islamic economic system
8) Islamic wealth management
9) Islamic financial planning
10) Islamic unit trust/mutual fund
11) Islamic investment
12) Islamic retail (consumer) banking
13) Islamic consumer financing
14) Islamic product research, development and innovation
15) Accounting for Islamic banking
16) Shariah compliance audit
17) Risk management for Islamic financial institutions
18) Marketing strategies for Islamic financial services
19) System and solution development for IFI
20) Islamic finance syllabus & module development


B: PERNIAGAAN & PENGURUSAN
1) Entrepreneurship excellence
2) Performance management
3) Change management
4) Training management
5) Islamic management & ethics
6) Economics for management


C: PEMBANGUNAN MODAL INSAN & MOTIVASI
 l)  Al Falah success principles
2) The psychology and science of success
3) Empowering the mind
4) Positive mental attitude/positive thinking
5) Formula for excellence and success
6) Team building and organizational excellence


(Kursus atau ceramah di atas boleh dijalankan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malayu).
---------------------------------------------------------------
Hubungi:
Ahmad Sanusi Husain
CEO,  AlFalah Consulting
Kuala Lumpur, MALAYSIA
mobile: +6019-234 8786



Alfalah Consulting: http://alfalahconsulting.com
Islamic investment: http://islamic-invest-malaysia.com

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Followers